Waktu koordinat, waktu wajar, dan penyegerakan jam Waktu_koordinat

Penjelasan yang lebih lengkap mengenai waktu koordinat timbul daripada hubungannya dengan waktu wajar dan penyegerakan jam. Penyegerakan di samping konsep berkenaan keserentakan perlu menerima takrifan yang teliti dalam rangka kerja teori kerelatifan am kerana kebanyakan anggapan yang terkandung dalam ilmu mekanik klasik serta pengamatan klasik ruang dan masa perlu digugurkan. Tatacara-tatacara penyegerakan jam tertentu telah ditakrifkan oleh Einstein lalu membangkitkan konsep terhad mengenai keserentakan.[1]

Dua peristiwa dianggap serentak dalam rangka rujukan terpilih jika dan hanya jika waktu koordinat terpilih sama nilai untuk kedua-dua peristiwa;[2] dan keadaan ini membolehkan kemungkinan fizikal bahawa dua peristiwa itu tidak akan serentak dari sudut pandangan satu lagi rangka rujukan.[1]

Namun begitu, waktu koordinat bukanlah waktu yang boleh disukat dengan jam yang terletak di tempat yang nominal mentakrifkan rangka rujukan, cth. jam yang terletak di dalam baripusat sistem suria tidak akan menyukat masa koordinat rangka rujukan baripusat, sementara jam yang terletak di geopusat tidak akan mengukur masa koordinat rangka rujukan geopusat.[3]